Monday, July 13, 2009

Profile burung Puyuh


Burung puyuh (Quil) atau Coturnix Coturnix Japonica menyimpan potensi yang sangat besar dalam penghasilan telur dan daging. Sebagai gambaran , ia boleh diperhatikan dari beberapa aspek berikut:

  1. Seekor ayam, sama ada daging ataupun kampung , memerlukan waktu tidak kurang dari 6 bulan untuk mula bertelur, sedangkan puyuh berumur 41 hari sudah mula bertelur.
  2. Seekor ayam, samaada daging ataupun kampung, dengan berat lebih kurang 2 kg menghasilkan berat telur seberat 60-80 g ( hanya 4 peratus dari berat badannya), sedangkan puyuh mampu menghasilkan berat 10 g( hampir 7 peratus berat badannya).
  3. Harga telur ayam daging sekilogram lebih rendah dibandingkan dengan telur puyuh, sedangkan dengan harga telur ayam kampung hampir lebih kurang sama.
  4. Ayam daging bertelur memiliki kemampuan pengeluaran sekitar 325 biji telur setahun, sedikit lebih tinggi dari puyuh iaitu 300 biji setahun, namun jauh lebih tinggi dibandingkan dengan ayam kampung yang hanya 150 biji setahun.

Melalui gambaran di atas, penternakan puyuh menjadi sangat relevan bagi para usahawan yang bermodal kecil. Tetapi kecilnya modal usaha mendatangkan pengeluaran yang tinggi seterusnya mendatangkan keuntungan yang lumayan.

No comments:

Post a Comment