Sunday, July 25, 2010

produk terbaru keluaran syarikat

Puyuh segar,puyuh black paper & puyuh crispy

Tuesday, July 14, 2009

Daging Puyuh Sejuk Beku Keluaran Syarikat 10 ekor per pax 0197548012



kos pembinaan reban & pemeliharaan puyuh

Kos pernternakan:
(penternakan bagi 5000ekor/reban/pusingan)
1) Bekalan anak : RM0.50/ekorx5000 = RM2500
2) Makanan : 48~50beg(stater+grower) = 50xRM82 = RM4100
3) Gas : 2 tong = RM170
4) elektrik dan air = Rm 100
5) Gaji pekerja = Rm 400
6) Ubat/ vitamin = Rm 200

Kos lain (tetap):
1) Alat pemanas (heater) - 2 biji(350x2)=Rm 700
2) Reban (50kaki x 20 kaki)=Rm 5000
Angaran kos RM13170.

anak puyuh, puyuh sejukbeku,frozen untuk dijual

QUOTATION

Dear Sir,
Thank you for your enquiry.
We are pleased to submit herewith our quotation as follows( Include delivery) :-

DESCRIPTION PRICE GRADE Remark/Weight
Quail Meat (Frozen) RM 2.30 (A) 175g ~ 200g / pcs
Quail Meat (Frozen) RM 2.15 (B) 150g ~ 170g / pcs
Quail Meat (Frozen) RM 2.00 (C) 130g ~ 145g / pcs
Quail Meat (Frozen) RM 1.80 (D) 110g ~ 125g / pcs


Order validity : 1 month before delivery date.

Minimum qty per order : 1000 pcs

Payment Term : Within 14 days.

Goods are returnable.

We hope the above offer meets your requirement and we look forward to your value order.

*All subject prices and term can be negotiate with our customer before confirmation.

Thank you.
Your Faithfully :

Mohd Badli bin Ramli(0197548012)
Managing Director of D`ranum Agrofarm Enterprise

*Computer generated no need signature.

Monday, July 13, 2009

Pengurusan Penternakan

Peringkat Perindukan
Dalam sistem pemeliharaan diatas sampah sarap, anak puyuh dari umur 1 hingga 10 - 14 hari dipelihara dalam sistem kepungan menggunakan kadboard serta hoover (alat pemanas). Sebanyak 1000 ekor anak puyuh ditempatkan dalam satu kepungan. Luas kawasan semasa perindukan adalah 30 sentimeter persegi/ekor hingga umur 10 hari bila mana kepungan akan dibuka dan anak puyuh dibesarkan diseluruh bangsal. Gas hoover yang digunakan digantung ditengah kepungan setinggi 91 sentimeter. Pemberian haba perlu dikawal mengikut kepanasan semasa. Sekeliling bangsal ditutup dengan bidai bagi mengelakkan kemasukan udara sejuk dari luar tanpa kawalan. Bekas minuman 8 liter untuk 200 ekor anak puyuh ditempatkan di dalam bulatan selama masa perindukan.. Dulang makanan berukuran 30.5 x 30.5 x 2.52 sentimeter digunakan untuk 200 ekor anak puyuh semasa perindukan. Sampah sarap adalah dari jenis ketaman kayu setebal 8 sentimeter digunakan. Makanan dan minuman diberi tanpa had. Didalam sistem pemeliharaan didalam kotak kayu khas, anak puyuh diindukkan didalamnya selama 10 - 14 hari juga. Lantai kotak hendaklah dialas dengan kertas kuat atau jenis 'corrugated paper'. Ini adalah bagi mengelakkan anak puyuh jatuh ke tanah. Kotak kayu ditutup dengan plastik atau guni untuk menahan haba didalamnya. Pemberian haba adalah dari lampu pijar 100 watt yang digantung ditengah petak kotak tersebut. Setiap petak berukuran 1 meter persegi boleh memuatkan sehingga 80 ekor anak puyuh. Bangsal hendaklah ditutup semasa perindukan dengan 'polyethelene sheets'. Peralatan makanan dan minuman adalah seperti dinyatakan diatas.

Peringkat Pembesaran

Didalam sistem pemeliharaan diatas sampah sarap, kepungan akan dibuka selepas anak puyuh berumur 10-14 hari dimana anak puyuh akan berada sepenuhnya didalam satu bangsal sehingga dijual. Selepas perindukan bekas minuman automatik digunakan untuk menampung 200 ekor puyuh setiap satu dan bekas makanan gantung digunakan untuk 100 ekor puyuh setiap satu. Makanan perlu diberikan sentiasa tanpa had untuk menentukan pembesaran yang cepat. Tentukan air yang bersih diberikan. Elakan dari gangguan luar semasa pembesaran puyuh ini. Masa tamat pemeliharaan adalah apabila umur puyuh mencapai 27 hari. Pada ketika ini berat badan hidup puyuh adalah purata 250 gram sekor. Puyuh akan ditangkap dan dihantar untuk diproses secepat mungkin. Perlu ditekankan disini bahawa kelewatan untuk menjual puyuh akan menyebabkan puyuh mencapai umur kematangan seksual ( mengeluarkan telur ) dan ini akan menjejaskan kualiti daging. Lazimnya umur kematangan seksual adalah 41 hari.

Pembinaan Ladang

Pemiharaan puyuh pedaging tidak memerlukan kawasan yang besar. Ini adalah kerana saiz puyuh jauh lebih kecil dari penternakan unggas lain seperti ayam. Walaupun demikian keperluan pemeliharaan adalah lebih kurang sama dengan penternakan ayam. Didalam pemilihan tapak kawasan penternakan sebaiknya kawasan ladang hendaklah jauh dari kawasan perumahan dan ladang-ladang unggas yang lain. Kawasan hendaklah bebas dari banjir dengan mempunyai kemudahan jalan bagi pengangkutan barangan dari luar ke ladang dan sebaliknya. Tanah berbukit tiada halangan kecuali perlu diratakan bagi setiap kawasan bangsal yang perlu didirikan. Kawasan yang mempunyai peredaran udara yang baik perlu diambil kira didalam pemilihan kawasan penternakan.

Kandungan Protein,Lemak,Kabohidrat dan Abu (ash) Unggas

Di bawah ini menunjukkan perbezaan susunan protein, lemak, karbohidrat, dan abu (dalam %) telur puyuh dibandingkan dengan telur ternakan unggas lainnya:

Ternakan protein lemak karbohidrat abu
Ayam Kampung 12,7% 11,3% 0,9% 1,0%
Ayam Bandar 13,4% 10,3% 0,9% 1,0%
Itik 13,3% 14,5% 0,7% 1,1%
Angsa 13,9% 13,3% 1,5% 1,1%
Merpati 13,8% 12,0% 0,8% 0,9%
Puyuh 13,1% 11,1% 1,0% 1,1%



Berdasarkan data di atas, kandungan nutrisi pada telur puyuh dapat dikatakan lebih baik dibandingkan telur ternakan unggas lain, termasuk ayam. Kadar protein telur puyuh cukup baik, dengan kadar lemak yang rendah. Jika menggunakan telur puyuh, ia dapat memenuhi keperluan protein dan karbohidrat kita, tetapi tidak perlu takut kolesterol naik. Jadi, ia adalah baik untuk untuk diet kolesterol dan kesihatan.