Monday, July 13, 2009

About D`ranum Agrofarm

RINGKASAN EKSEKUTIF

Penternakan merupakan salah satu sumber pendapatan negara Malaysia sejak sekian lama. Sumber pendapatan ini telah banyak melahirkan pengusaha dan penternak yang berjaya. Kertas kerja rancangan perniagaan ini akan menerangkan butiran terperinci tentang kaedah penternakan burung puyuh secara sistematik dan berteknologi tinggi sekaligus menjadikan industri penternakan puyuh ini ke tahap komersial. Menerusi kertas kerja ini dipaparkan aspek-aspek perusahaan di peringkat permulaan, impelimentasi dan nilaian kos ternakan dan perniagaan sehingga sampai tempoh matang.

Syarikat D`ranum Agrofarm akan menjalankan aktiviti perniagaan utama iaitu penternakan burung puyuh, dimana syarikat akan menternak baka puyuh, hasil daripadanya akan mengeluarkan telur puyuh untuk tujuan pengeraman, penetasan ,menjual anak-anak puyuh, menternak puyuh daging dan menjalankan aktiviti pembungkusan sejuk beku untuk dijual di pasaraya dan pengusaha kedai makanan setempat dan InsyaAllah ke pasaran luar Negara. Selain dari itu syarikat juga bercadang untuk menternak cacing dan menghasilkan baja kompos sebagai satu proses tambah nilai terhadap najis puyuh.

Disebabkan permintaan yang tinggi dari pengguna, daging puyuh semakin diterima oleh masyarakat Malaysia. Faktor kematangan burung puyuh yang singkat iaitu dengan baka terbaru dari Institut Kemahiran Ternakan Ayam (IKTA) puyuh dapat disembelih pada usia 27 hari, kurang penyakit berbanding ayam, kos makan yang rendah dan teknologi yang canggih dari ladang ternakan ayam dapat diterapkan dan di implimentasikan di ladang puyuh, telah menjadi faktor penarik utama untuk syarikat menceburkan diri dalam bidang ini.

No comments:

Post a Comment