


Burung puyuh (Quil) atau Coturnix Coturnix Japonica menyimpan potensi yang sangat besar dalam penghasilan telur dan daging. Sebagai gambaran , ia boleh diperhatikan dari beberapa aspek berikut:
Melalui gambaran di atas, penternakan puyuh menjadi sangat relevan bagi para usahawan yang bermodal kecil. Tetapi kecilnya modal usaha mendatangkan pengeluaran yang tinggi seterusnya mendatangkan keuntungan yang lumayan.
RINGKASAN EKSEKUTIF
Penternakan merupakan salah satu sumber pendapatan negara
Syarikat D`ranum Agrofarm akan menjalankan aktiviti perniagaan utama iaitu penternakan burung puyuh, dimana syarikat akan menternak baka puyuh, hasil daripadanya akan mengeluarkan telur puyuh untuk tujuan pengeraman, penetasan ,menjual anak-anak puyuh, menternak puyuh daging dan menjalankan aktiviti pembungkusan sejuk beku untuk dijual di pasaraya dan pengusaha kedai makanan setempat dan InsyaAllah ke pasaran luar Negara. Selain dari itu syarikat juga bercadang untuk menternak cacing dan menghasilkan baja kompos sebagai satu proses tambah nilai terhadap najis puyuh.
Disebabkan permintaan yang tinggi dari pengguna, daging puyuh semakin diterima oleh masyarakat